Your Description Blog

sub description.....

Temuduga Dalam Bahasa Inggeris ke??

Dalam Temuduga Kena BM ke BI ye?

Ni antara soalan yang famous juga yang sering ditanya ramai.

Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap “ Yes, no..je..hehehe” (gurau je)

Dalam temuduga kerja kerajaan atau swasta, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi biasanya dalam 30 – 70 % BI akan digunakan.

Mengapa dalam kerja gov ni interview dalam BI juga?,,kan dalam sektor awam BM amat diutamakan?

Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan –urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan - urusan dokumentasi dan sebagainya.

Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam – macam bangsa, bermacam – macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, BI digunakan…

Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..

Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….

Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?

“Adakah grammarnya?

“Adakah komunikasinya?

“Adakah pemahamannya?

Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah
“MAMPUKAH ANDA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris seperti mat salih dalam TV tu..

Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam
Inggeris…

Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya “ What is your name?” anda jawab “name saye Ali bin
Atam…”.

Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah “Please Introduce Yourself”. Soalan ni memang la kacang..Tapi adakah anda mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat –ingatlah sikit ye…….

Tu baru soalan yang ‘simple – simple’..Belum soalan susah lagi…Jika anda ditanya soalan seperti ini “ What do you know about satu Malaysia? Please explain….”Haaaaaa…Camne nak jawab ye? Berbelit – belit lidah nak menerangkannya nanti…

Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan bermasalah…

Setakat pandai cakap “My name is….” Budak tadika pun pandai..

Kenapa kita ni lemah dalam BI ye? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggalah ke 23 tahun…nak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak
reti – reti cakap BI…Apa salahnya ye…

Sebenarnya sistem pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia ni tidak mengajar kita untuk bercakap BI, tapi mengajar kita untuk mendapat A dalam BI…Tu antara puncanya…

Sistem pengajaran BI sepatutnya perlu dikemaskini dengan lebih baik lagi supaya pelajar dapat mahir dan fasih berbahasa Inggeris dengan masa yang lebih pantas..

Saya malas nak ulas panjang lagi mengenai isu ini, bukan apa..takut kena “gam” pula..:)

So, apakah persediaan BI anda untuk menghadiri temuduga? Di sini saya syorkan beberapa kaedah:

1. Baca paper BI setiap hari..Baca The Star ke NST ke..baca 30 minit sehari pun ok

2. tak faham makna buka je kamus…jangan malas

3. dengar lagu Inggeris…tak kira la rap ke, rock ke, …ianya membantu..

4. tonton movie BI – yang ada subtitle BM dan BI…syok ni, sambil berhibur kita belajar…

5. Bercakap BI dengan kawan – kawan..secara melawak…tak kisah la ayatnya tunggang – langgang…Ini banyak membantu..

6. Bercakap dalam BI depan cermin…ni cara belajar juga ni..

7. Belajar basic grammar saja..past tense dengan present tense pun dah cukup:)

8. Jangan baca buku BI yang tebal – tebal macam buku teks tu..takde gunanya..

9. dan bermacam – macam cara lagi..

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan atau swasta, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…

Saya ada membeli SATU PANDUAN UNIK UNTUK MAHIR DALAM BERCAKAP BI dalam masa yang singkat dari internet…Ternyata kaedah – kaedah yang diajarkan dalam menguasai BI amat unik, PRAKTIKAL dan berkesan..

Ternyata berbeza dari buku – buku yang ada di pasaran yang sudah tentu malas nak membacanya..Saya amat yakin kaedah yang dipekenalkan ini membantu Azrisham dalam menguasai bahasa Inggeris.. anda memang perlu tahu kaedah ini, ni webnya:

http://tinyurl.com/yekg45q

Sekian,

--------

p/s: Masih tercari - cari panduan lengkap untuk temuduga kerja
kerajaan? Lawati laman web kerja kerajaan di sini. Klik di sini

2 comments:


  • Kelas English Dewasa (MUET / IELTS / Kerja) @ Seremban, Putrajaya, Shah Alam



    KELEBIHAN KURSUS:

    - Setiap kelas hanya 3 ~ 5 pelajar shj (perhatian 100% kepada setiap pelajar)
    - Sangat 'private' (pelajar tidak perlu malu jika salah sebutan).
    - Kursus ini direka untuk membantu meningkatkan penguasaan bahasa penting ini dalam masa yang singkat tetapi berkesan.


    KLANG- SHAH ALAM:
    Jadual : Setiap Sabtu (8.00 pagi - 10.00 pagi)
    Lokasi : Kuarters Guru Sek. Ren. Batu Belah, Taman Sentosa, Klang

    PUCHONG- PUTRAJAYA:
    Jadual : Setiap Sabtu (11.45 pagi - 1.45 ptg)
    Lokasi : Alpha Arena, Taman Putra Perdana, Puchong-Cyberjaya 47130 Selangor.

    SEREMBAN- SENAWANG:
    Jadual : Setiap Sabtu (4.30 ptg - 6.30 ptg)
    Lokasi : Kampung Melayu Panchor, Paroi Seremban 70400 Negeri Sembilan.




    Maklumat lanjut kelas, KLIK DISINI ->>> http://www.MyCambridge.co.nr / http://MyCambridge.blogspot.com




    *****Share INFO ini di Wall Facebook Anda !


  • Ribuan terima kasih atas petua belajar Bahasa Inggeris ni yg mempunyai banyaklah informasi berguna.

    Saya pasti bahawa semua pembaca anda menghargai mereka sebanyak saya. Rasanya saya nak berkongsi dengan anda petua untuk jawab soalan dalam interview (http://d-englishlink.com/learn-english/5-common-interview-questions/)

    ^^ Dalam juga boleh dapat 1 FREE COPY checklist untuk mengetahui cara jawab yang paling cerdik!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails